Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar bersejarah kerana Kesultanan Johor yang diasaskan oleh Sultan Mahmud Shah terletak di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam Sultan Mahmud Shah II) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid juga di Kampung Makam.

 

Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.