29594761 2138903109459565 5483549937317624695 n

SELAMAT DATANG KE RAF POINT KG LUKUT (masuk percuma)

AKTIVITI YANG DITAWARKAN

1. Flying Fox - RM45.00 (560 meter)
    RM25.00 (260 meter)

2. ATV 135cc - RM30.00 (30 minit) @ RM50.00 (1jam)

3. ATV 200cc - RM45.00/RM60.00 (30 minit) 200CC EGL & Pentora RM70.00

4. Memanah - RM5.00 (10 Arrow) RM10.00 (30 minit)

5. Combat Archery - RM10.00/ person (20 minit.. satu sesi 5 minit x 4 sesi. 1 team maximum 5 orang. Kurang pun ok)

6. Paintball - RM110.00 / person (minimum 15 person)

7. Abseiling+Tree Climbing - RM15.00

8. Menunggang Kuda - RM10.00 / kanak-kanak RM15.00 / dewasa
    (juga ada pakej2 menarik yg lain)

9. Ronda kampung dengan gerabak - RM5.00 / person Kanak2 RM3.00 / person (anak bwh 2 tahun percuma)

10. Mendaki Gunung Panti - RM50.00 / person (included permit Jabatan Perhutanan) + RM15.00 (sarapan dan makan tengahari)

11. D'Hammock Cabin - RM15.00

12. Pondok Wakaf - RM10.00

13. Sewa Khemah - RM sila rujuk kami

14. Rumah Kaca - RM300.00 / sehari

15. Pondok Wakaf RAF Hill - RM sila rujuk kami

16. Pakej Outdoor Birthdayparty - RM sila rujuk kami

17.Pakej Outdoor Wedding - RM

18. Horse Photoshoot - RM250.00/ hour

19. Sound System - RM600/Session

20. Bahan2 Barbeque - Harga Bergantung Menu

23. Tempahan makanan dan minuman - RM 12.00 / person

24. Jungle Tracking - RM15.00 / person (2 hours)

Contact Person : Pak Man : 017-7447089
: Pn. Raha : 019-7980777
: En. Ahmad Fadhil : 019-7980555
( Whatsapp/Call/Mesej )

canopitribeskotatinggi

Bagi yang rasa nak tukar mood percutian sebab bosan asyik menginap di hotel, Canopt Tribes yang terletak di Kota Tinggi Johor sangat sesuai untuk anda !

Glamping ! Glamour camping, tidur di dalam "Bell Tent" di samping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, di sini segalanya disediakan,perkelahan mewah alaf baru.

Antara aktiviti yang anda boleh buat di siniadalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti,berbasikal,berkayak,menaiki ATV dan banyak lagi !

Package Rates :

1. 2D1N is RM 180 per person

2. 3D2N is RM 320 per person

( Termasuk BBQ dan english breakfast)

 

 

Lokasi :

7815, Jalan Lombong, Batu 8 ( 3KM sebelum waterfall), Kota Tinggi ,Johor

 

Hubungi :

018-7865152( whatapps)

019-7339866

07-2443788

 

Kredit foto : canopytibes.com

gunungmuntahak

Gunung Tahah atau Gunung Muntahak menyimpan pelbagai khazanah alam semulajadi untuk tatapan generasi masakini khususnya para pengemar aktiviti lasak dan seni fotografi.

Terletak di Bandar Petri Jaya iaitu kira-kira 25 kilometer dari bandar Kota Tinggi Gunung Muntahak dengan ketinggian 634 meter (2,080 kaki) dari aras laut serta memiliki air terjun sembilan tingkat setiasa menerima pengunjung terutamanaya penggemar aktiviti lasak dan suasana hutan.

Dipelihara dan dijaga sebaik mungkin agar ianya kekal asli disamping keindahan dan keunikan air terjun sembilan tingkat yang menjadi destinasi pilihan golongan yang inginkan cabaran.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan disana :

1. Hiking

2. Abseiling

3. Mandi air terjun

4. Perkhemahan

5.Kayak (akan datang)

Untuk mendapatkan maklumat dan khidmat Penunjuk Arah Gunung Tahah (PAGT) Bandar Petri Jaya hubungi talian 013-013-7795851 (Sharon)

kotarainforest

Buat anda yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi, Kota Rainforest Resort merupakan antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Resort ini dilengkapi dengan kemudahan chalet yang serba lengkap, kemudahan kolam renang, kolam renang semulajadi, restoran yang menyediakan makanan yang lazat dan pelbagai kemudahan lain.

Bukan itu saja , Resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti flying fox , berkayak , paintball, rock climbing , melihat burung dan mendaki gunung.

Untuk mengetahui maklumat lanjut layari : http://kotarainforest.com.my

IMG 9080

Air Terjun Kota Tinggi merupakan antara air terjun yang agak popular dikalangan warga Johor. Ianya terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Kota Tinggi. Di sini terdapat kawasan yang penuh diliputi kehijauan alam dan keindahan semula jadi. Air terjun yang indah ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Sungai yang nyaman menyediakan tempat yang sesuai untuk pelawat bermandi-manda, serta lokasi yang menarik untuk berkelah. Keindahan semulajadi di sini sungguh menyegarkan, lantas menjadikannya sebuah destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun luar. 

kredit foto : http://zouldahanblog.blogspot.my