gunungmuntahak

Gunung Tahah atau Gunung Muntahak menyimpan pelbagai khazanah alam semulajadi untuk tatapan generasi masakini khususnya para pengemar aktiviti lasak dan seni fotografi.

Terletak di Bandar Petri Jaya iaitu kira-kira 25 kilometer dari bandar Kota Tinggi Gunung Muntahak dengan ketinggian 634 meter (2,080 kaki) dari aras laut serta memiliki air terjun sembilan tingkat setiasa menerima pengunjung terutamanaya penggemar aktiviti lasak dan suasana hutan.

Dipelihara dan dijaga sebaik mungkin agar ianya kekal asli disamping keindahan dan keunikan air terjun sembilan tingkat yang menjadi destinasi pilihan golongan yang inginkan cabaran.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan disana :

1. Hiking

2. Abseiling

3. Mandi air terjun

4. Perkhemahan

5.Kayak (akan datang)

Untuk mendapatkan maklumat dan khidmat Penunjuk Arah Gunung Tahah (PAGT) Bandar Petri Jaya hubungi talian 013-013-7795851 (Sharon)