PEDi merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 sudah

Nama PEDi                                            ; PEDi Kampung Batu Ampat (operasi pada 2015)

Alamat                                                  ; Kompleks Penghulu Jalan Lombong Off,Jalan Lukut

                                                              81900 Kota Tinggi,Johor

Email                                                     ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook                                                ; PEDi Kg Batu Ampat Kota Tinggi Johor

 

Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

1.Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

2.Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

3.Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

4.Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

 
KENALI PETUGAS PEDi :

Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. 

PENGURUS PEDi KG BATU AMPAT

ju 
Nama : Juwaliah Binti Ramli
Mula berkhidmat : 1 Januari 2017
  
 
PEN. PENGURUS PEDi KG BATU AMPAT
 
 siti
Nama : Siti Aminah Binti Saidai
Mula berkhidmat : 5 September 2017
Peraturan PEDi Kg Batu Ampat
                
peraturan---Copy