Kampung Batu Ampat telah dibuka pada tahun 1892 oleh Golongan Bangsawan, Pedagang dan Kerabat DiRaja Johor.Diantara yang terlibat dalam pembukaan kampung ini ialah ayahanda kepada Engku Mohsin dan Profesor Engku Aziz bersama-sama dengan Pedagang-pedagang dari Kepulauan Riau,Sumatera Jawa dan Acheh.
Kampung Batu Ampat (Pekan batu 4) terletak 7km dari bandar Kota Tinggi menghala ke Bandar Kluang,Kuala Lumpur dan Pusat Pelancongan Air Terjun dalam Negeri Johor Darul Takzim.
Kampung ini mempunyai 12 buah rangkaian dan mengandungi jumlah penduduk seramai lebih kurang 4500 orang ( 95% adalah Melayu) terletak dalam Parlimen Tenggara dan ADUN Panti.Pada masa dahulu kampung ini telah menjadi Pusat Perlombongan Bijih Timah yang terkenal di Negeri Johor menggunakan Kapal Korek ( Sungai Besi Tine Maining Ltd).
Nama Kampung Batu Ampat ini diambil berdasarkan kedudukan jarak kampung ini dari Bandar Kota Tinggi sejauh 4 batu.
PERSEKITARAN :
Kampung ini telah siap dibina dan diduduki pada tahun 1891.Kampung ini terdiri dari beberapa rangkaian seperti berikut :
a ) Kampung Batu Ampat 1053 Orang
b ) Kampung Batu Tiga 125 Orang
c ) Kampung Temenin Lama 518 Orang
d ) Kampung Temenin baru 525 Orang
e ) kampung Sepak Hulu 130 orang
f ) Kampung Sepak Hilir 302 Orang
g ) Kampung Bukit Lintang 227 Orang
h ) Kampung Desa Makmur 518 orang
i ) Taman Desa Sejahtera 1210 Orang
j ) Kampung Desa Sendayan 130 Orang
k ) Kampung Lipat kajang 30 Orang
l ) Air Terjun / Desa Idaman 18 Orang
JUMLAH 4518 Orang
SOSIO EKONOMI
1. Penduduk dikawasan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan.Pekerjaan utama ialah sebagai :
a. Penjawat Awam dan Swasta
b. Petani dan Pekebun Kecil
c. Pekerja Kilang
d. Bekerja Sendiri dan Berniaga
2. Penempatan baru penduduk (penempatan mangsa banjir) di Taman Desa Sejahtera di kilometer 3, jalan Lombong,Kota Tinggi, yang terdiri dari berbagai golongan seperti nelayan, peniaga, penjaja, kontraktor, pemborong dan sebagainya.
3. Lebih 90% penduduk adalah terdiri daripada bangsa Melayu