IMG 9080

Air Terjun Kota Tinggi merupakan antara air terjun yang agak popular dikalangan warga Johor. Ianya terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Kota Tinggi. Di sini terdapat kawasan yang penuh diliputi kehijauan alam dan keindahan semula jadi. Air terjun yang indah ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Sungai yang nyaman menyediakan tempat yang sesuai untuk pelawat bermandi-manda, serta lokasi yang menarik untuk berkelah. Keindahan semulajadi di sini sungguh menyegarkan, lantas menjadikannya sebuah destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun luar. 

kredit foto : http://zouldahanblog.blogspot.my