Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.
Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.
Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018
No.
Tajuk Subtema
Tarikh Pertandingan
1
#MyCuisine
Januari hingga Februari
(berakhir 28 Februari 2018);
2
#MyDestination
Mac hingga April
3
#MyCulture
Mei hingga Jun
4
#MyShopping
Julai hingga Ogos
5
#MyHeritage
September hingga Oktober
6
#MyFamilyFun
November hingga Disember
Jadual berikut adalah jadual kelas dan aktiviti sepanjang bulan Januari 2018 di Pi1M Kg Batu Ampat. Kelas-kelas di Pi1M adalah PERCUMA kepada semua ahli Pi1M.
Sekiranya anda belum menjadi ahli Pi1M, boleh mendaftar dengan bayaran RM5 seumur hidup.
Jangan lupa kongsikan jadual berikut dengan rakan-rakan anda!
**sebarang perubahan jadual akan diberitahu.