Usahawan Nachos Extra Rangup , Extra Sedap !

  Nama    : Nurizah Binti Rasid

  Umur     : 47 Tahun

  Ahli       : 2017

 

 

 

 

 

 

 

Latar Belakang 

Nurizah Binti Rasid merupakan seorang usahawan dropship yang memilih untuk menjual makanan kering iaitu Nachos Extra Rangup,Extra Sedap. Beliaumemulakan perniagaan ini dari 2016 sehingga kini. Perniagaan dijalankan secara C.O.D.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Beliau hanya menjual produk dari rumah ke rumah sahaja. Dimana pelanggan yang di perolehi hanya dari kenalan sekeliling sahaja. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM500 sahaja sebulan . Jumlah pelanggan akan bertambah jika promosi diadakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Melalui kelas latihan ICT  yang dibimbing oleh Pusat Internet Kampung Batu Ampat, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau hingga ke luar Johor. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.00 sebulan. Dan kini, perniagaan beliau dijalankan sepenuhnya secara atas tallian.