Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor. Kali ini , Menarik di Kota Tinggi berpeluang mendaki Gunung Muntahak @ Gunung Tahah yang terletak di Bandar Petri Kota Tinggi, Johor.Jarak perjalanan dari Pusat Bandar Kota Tinggi ke Bandar Petri Jaya melalui Jalan Kluang- Kota Tinggi hanya sejauh 25KM dan ianya cuma mengambil masa dalam 15- 20 minit . Anda berminat? Sila layari Facebook Page : PAGT PJ (Penunjuk Arah Gunung Tahah Petri Jaya) untuk sebarang pertanyaan.

 

Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar bersejarah kerana Kesultanan Johor yang diasaskan oleh Sultan Mahmud Shah terletak di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam Sultan Mahmud Shah II) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid juga di Kampung Makam.

 

Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.

Servis / Perkhidmatan : Nasi Lemak Buluh

Lokasi                           : Gerai Nasi Lemak Buluh

                                        Simpang Felda Air Tawar 1,

                                        81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi             : 6.00 petang - 12.00 malam 

Tutup                           : Selasa